KUALA LUMPUR: Masih banyak kelompongan dalam Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang perlu diperbaiki dan ditambah baik supaya rakyat lebih berani dan yakin untuk melaporkan sebarang kegiatan jenayah di negara ini.
Jelas Presiden Transparency International Malaysia Dr Muhammad Mohan, ada beberapa seksyen dalam akta tersebut yang bercanggah dengan undang-undang lain yang menyebabkan perlindungan kepada seseorang pemberi maklumat itu terlucut.
“Contohnya Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dan sebagainya yang menyebabkan secara automatik perlindungan mereka hilang, jadi bila pemberi maklumat sedar perkara ini, mereka takkan ke depan untuk memberi maklumat.
“Jadi ia perlu diperbaiki dan kemudian barulah kita boleh memberi pengajaran serta maklumat kepada rakyat bahawa akta ini sudah lebih mesra maka mereka akan lebih berani untuk tampil memberi maklumat dan mereka akan dijamin perlindungan,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Jumaat.
Untuk menyokong aspek itu, tegas Muhammad, amalan akauntabiliti harus dibudayakan di mana setiap individu harus mempunyai rasa kebertanggungjawaban terhadap setiap tindakannya.
Sekiranya melakukan kesalahan, seseorang itu haruslah sedia berdepan akibatnya - bukan cuba untuk melepaskan diri daripada dihukum.
“Ini yang menjadi masalah di negara kita, budaya akauntabiliti saya rasa masih tak memuaskan,” katanya.
Israr Khalid
Fri Dec 09 2022
MUHAMMAD MOHAN: Ada percanggahan antara akta yang membolehkan perlindungan kepada pemberi maklumat itu terlucut. - Foto fail/Astro AWANI
THSS: Bertemakan ‘Revolu-sihat’, ini senarai lagu tugasan peserta minggu ke-2
Menerusi segmen akhir, L U S M atau Level Up Satu Minggu telah mengumumkan kesemua peserta mempunyai lagu untuk dibawa ke minggu seterusnya. Senarai lagu minggu ke-2
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Saya tiada lagi kawan bergaduh' - Abang
Kehilangan adik yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, tidak menggugat semangat Lans Koperal Ahmad Azza Fitri Azhar untuk terus berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.
KPKT salur RM83.66 juta bagi 17 projek di Melaka
Peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu yang terbesar dalam sejarah negeri Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
AWANI Ringkas: Polis tahan dua lelaki cuba masuk Istana, rampas parang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Anwar umum tambahan RM10 juta untuk Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan
Peruntukan RM10 juta kepada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan mendapatkan pembelaan sewajarnya di mahkamah.
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat masih banyak kelemahan, perlu ditambah baik - TI-M
Ada kelompongan dalam soal perlindungan yang menyebabkan rakyat tidak berani untuk tampil memberikan maklumat.
Akta berkaitan pemberi maklumat perlu diperhalusi, dikaji semula - Wan Junaidi
Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata undang-undang yang ada ketika ini adalah tidak mencukupi dan perlu dikaji semula.
Pecat pekerja kerana dedah maklumat, SPRM dakwa pegawai kanan syarikat esok
SPRM memaklumkan pegawai kanan syarikat itu bertindak memecat kakitangannya yang mendedahkan maklumat kepada SPRM berkaitan salah laku yang dibuat oleh tertuduh.